Mulakan dengan Bismillah..

Mulakan dengan Bismillah..

Sunday, 18 December 2011

Hijrah atau Tahun Baru

Selepas menyambut tahun baru hijrah (Awal Muharam) kini kita akan menyambut tahun baru 2012. Semua orang akan memikirkan apakah azam tahun baru. Kebanyakan kita termasuk saya sendiri akan memikirkan bagaimana untuk membuat pencapaian terbaik dalam hidup ini dan  kebanyakan memikirkan bagaimana untuk membangunkan material, menambah harta, anak, kecantikan dan kewangan...Banyak yang berazam untuk mengubah kehidupan secara fizikal (yang boleh dilihat oleh mata kasar)..tapi sedikit yang memikirkan untuk berubah secara dalaman iaitu rohani dan sikap..

Perkongsian saya ini adalah berdasarkan beberapa siri ceramah agama yang saya dengar. Sekurang-kurangnya lakukanlah satu perubahan atau hijrah yang baik dalam diri anda. Jika sebelum ini anda seorang pemarah..maka jadikanlah azam baru anda untuk tidak mahu marah-marah. Jika sebelum ini anda seorang perokok maka jadikanlah azam baru anda untuk berhenti merokok, Jika sebelum ini anda suka pukul isteri atau anak..maka jadikanlah azam baru tahun ini untuk berhenti melakukan sikap buruk ini. Jika sebelum ini anda liat untuk solat jemaah di masjid atau surau (terutama bagi kaum muslimin) maka letakkan azam anda untuk memeriahkan masjid tahun ini dan pada tahun-tahun seterusnya sehingga ke hujung usia anda. Jika sebelum ini anda tidak bertudung maka bertudunglah seperti yang telah diperintahkan Allah dalam surah Annur ayat 31. Selepas berazam maka berusahalah mencapainya..sesungguhnya jalan ke syurga itu amat payah..manakala jalan ke neraka itu amat mudah.

Rasulullah pun dah memberi contoh kepada kita ketika hijrah baginda daripada Mekah ke Madinah..bukan lah sesuatu yang mudah kerana perlu melalui banyak kepayahan dan keperitan. Setelah itu  barulah Islam bersinar ke seluruh pelusuk dunia.

Kami ingin ke sana..

Friday, 30 September 2011

Claim insurans konvensional itu 'haram'

Baru-baru ini kami telah mendapat check yang telah ditunaikan dalam akaun lebihan daripada claim insurans (telah tolak hutang bank) akibat kemalangan yang menimpa pada 19 april 2011 yang lalu, mengakibatkan 'total lost' pada kereta vios milik kami ( milik bank- sebab belum habis bayar pada masa itu). Jumlahnya agak banyak juga kerana nilai second value toyota di malaysia ini masih tinggi. Suami saya dengan gembira bercita-cita ingin meletakkan wang tersebut didalam akaun tabung haji kami berdua supaya dapat menunaikan haji dalam usia muda.

Hasil teguran seorang sahabat mengatakan wang tersebut tidak boleh digunakan untuk menunaikan haji kerana kami mencarum dengan insurans konvensional, menyebabkan kami tersentak. Sebenarnya kami tersilap kerana telah memilih insurans konvensional (tokio marine), yang pada masa dahulu tidak terlintas difikiran yang kami akan dapat wang sebanyak itu daripada syarikat insurans tersebut akibat kemalangan. Lalu kami terus  mencari jawapan dalam laman web perunding kewangan islam yang terkenal di malaysia, iaitu zaharudin.net. Sememangnya duit insurans tersebut menjadi haram kepada si pencarum, tetapi menjadi harus hukumnya jika duit tersebut adalah daripada insurans si pesalah (third party) yang melakukan kecuaian sehingga terjadinya kemalangan.

Hakikatnya sekarang ini, wang tersebut diperolehi daripada insurans kami dan bukan daripada third party yang melakukan kesalahan tersebut, walaupun telah jelas dan terang dalam laporan polis dan keputusan polis bahawa dia yang bersalah dan telah di kompaun sebanyak RM300 akibat kecuaian memandu. Bayangkan, hanya kompaun RM300 dan syarikat insurans dia (tidak layak refer sebagai "beliau"..huhu) tidak membayar pampasan kepada kami. Penjelasan oleh wakil syarikat Tokio Marine menyatakan, third party tersebut mengalami kecederaan (patah tulang bahu....impak seat belt la tu..sikit je pun), maka syarikat insurans dia tidak perlu membayar pampasan.

Sememangnya kami dan ahli keluarga sedang berusaha untuk membawa hal ini ke mahkamah untuk memberi pengajaran kepada si third party tersebut..dan menuntut keadilan..mudah-mudahan Allah permudahkan jalan kami atas usaha ini. (Supaya wang insurans tersebut datang daripada insurans third party...dan menjadi 'harus' untuk kami gunakan).

Penjelasan lanjut kenapa insurans konvensional itu haram klik link ini
http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/304-insuran-konvensional-tapi-dilabur-secara-islam.pdf
dan, claim insurans konvensional menjadi harus apabila diperolehi daripada third party klik Q&A ini
http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/message/1525



p/s; muslimin-muslimat...pilihlah takaful islamik..



nissan x-gear..baru di malaysia..warna oren pilihan kami :)
(sumber gambar: google)

Tuesday, 6 September 2011

Puasa dua dalam satu - adakah dibolehkan?

Salam Syawal kepada rakan-rakan sekelian. Tiba sudah bulan Syawal yang kita (manusia biasa) nantikan. Sesungguhnya Ramadhan telah berlalu dan alam menangisi pemergiannya. Semoga kita diberi peluang lagi untuk bertemu Ramadhan akan datang. Selalunya topik dan isu yang glamer dikalangan wanita khasnya di bulan syawal ini ialah Puasa dua dalam satu. Apa itu puasa dua dalam satu?? Puasa dua dalam satu itu adalah menggabungkan niat puasa qadha' (puasa wajib) dan niat berpuasa sunat enam hari Syawal dalam satu hari puasa, maka jadilah istilah Puasa dua dalam satu. Kalau diikutkan sembang-sembang sesama rakan ramai juga yang sependapat bahawa boleh menggabungkan 2 niat dalam satu puasa. Kita ikuti kupasan lanjut  bawah:

___________________________________________________

 Dipetik daripada e-book:
Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa
(Puasa Ramadhan: Antara Yang ditinggalkan dan ditokok tambah)

Oleh:
Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

Dalam sebahagian kitab fiqh disebut bahawa dibolehkan melaksanakan dua atau lebih puasa di dalam satu hari. Berdasarkan pendapat ini, merupakan satu kelaziman bagi sebahagian orang untuk melaksanakan kedua-dua puasa qadha dan puasa sunat Syawal dalam satu hari. Kebolehan menggabungkan dua atau lebih puasa di dalam satu hari adalah pendapat semata-mata dan sehingga kini tidak ditemui dalil yang membolehkannya daripada al-Qur’an mahupun al-Sunnah yang sahih.
Di sini perlu digariskan bahawa manhaj kita dalam beribadah ialah berhenti sehingga diperolehi dalil yang sahih lagi muktamad (qath‘e) yang mensyari‘atkannya. Kita sebagai hamba tidak tahu apa, bila dan bagaimana bentuk ibadah yang akan diterima dan diredhai oleh tuhan yang kita sembah, iaitu Allah 'Azza wa Jalla. Oleh itu kita hanya beribadah sekadar apa yang disyari‘atkan tanpa menambah atau mengubahsuainya. Pendapat manusia, sekalipun kita menghormati dan menyanjunginya, tidak boleh dijadikan hujah untuk menambah atau mengubahsuai sesuatu ibadah.
Justeru yang benar tidak ada amalan menggabungkan dua atau lebih puasa di dalam satu hari. Setiap puasa hendaklah dilaksanakan dalam harinya yang tertentu. Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah menjelaskan:[21]
Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Dalilnya ialah firman Allah: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. (Maksud Surah al-Baiyinah 98:05).
Ikhlas yang dimaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dengan cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi‘e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada A'isyah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amal yang tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.
Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan tiada dibenarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.
Tidak dinafikan bahawa amalan puasa “dua dalam satu” rancak disebut-sebut dalam akhbar, majalah, televisyen, radio, ceramah, kuliah, khutbah dan sebagainya. Tidak kurang juga, orang-orang yang menyebutnya adalah mereka yang masyhur dalam menyampaikan cerita-cerita agama. Akan tetapi jika dicermati analisa secara mendalam, akan didapati bahawa apa yang mereka sampaikan adalah pendapat semata-mata tanpa ada dalil yang sahih lagi muktamad yang mendukunginya.
Di sini penulis ingin menasihatkan para pembaca sekalian bahawa kebenaran agama tidak dinilai oleh kemasyhuran seseorang tetapi berdasarkan dalil dan hujah yang disampaikannya. Jika dalam pelbagai urusan duniawi kita semua menekankan nilai fakta dan penelitian, maka hendaklah penekanan yang sama kita praktikkan dalam menerima sesuatu ajaran agama.
 Demikian beberapa perkara yang ditinggalkan dan yang ditokok tambah berkenaan amalan dan hukum puasa yang sempat dibicarakan dalam risalah ini. Perkara-perkara yang dibicarakan merupakan apa yang lazim ditanya dan dibincang bersama penulis dalam kuliah-kuliah dan soal-jawab e-mel. Pasti sahaja perkara-perkara ini tidak memiliki batas maksimumnya kerana selagi mana manusia ingin menjadikan agama sebagai permainan akalnya, selagi itulah akan muncul amalan dan hukum yang berjauhan daripada keaslian al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.
Nasihat penulis kepada para pembaca, jadikanlah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih sebagai tolok ukuran setiap ajaran yang diterima dan diamalkan. Jadikanlah *ayat 59 surah al-Nisa’ yang dikemukakan di awal risalah ini sebagai manhaj utama dalam beragama.
__________________________________________________________

*Berikut adalah surah al-Nisa' ayat 59 yang dimaksudkan penulis:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan Rasul-Nya (al-Sunnah) - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa’ 4:59]



Semoga dengan perkongsian ini akan lebih memantapkan ilmu pengetahuan kita..

Monday, 5 September 2011

Diari Aidilfitri

Solat Sunat Aidilfitri sendirian

Alhamdulillah..hari raya tahun ini saya diberikan kesedaran dan ilham untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri bersendirian. Sejak saya bersalin anak yang pertama, saya tidak pernah mengerjakan solat sunat hari raya kerana menyangkakan ia hanya dilakukan secara berjemaah di masjid. Saya juga hampir terlupa tentang cara-cara menunaikan solat sunat hari raya Aidlfitri. Alhamdulillah, ceramah seorang ustaz di Tv Al-Hijrah pada malam hari raya telah menyedarkan saya..bahawa solat sunat aidilfitri boleh dilakukan di rumah sendirian. Sesungguhnya Islam itu tidak menyusahkan dan sangat fleksibel. Bersyukur kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Bermaafan di pagi hari Raya

Usai solat Aidilfitri, seperti biasa kami bermaafan sesama ahli keluarga. Hari Raya tahun ini amat bermakna dan mengundang rasa sebak di hati..kerana saya masih dipanjangkan usia untuk menyambut Ramadhan dan menyambut Hari Raya untuk kesekian kalinya. Sesungguhnya diri ini banyak kekhilafan..dan banyak perlu dibersihkan..masih banyak titik-titik hitam di hati perlu dibuang dan dibersihkan. Semoga Allah akan terus membimbing diri ini untuk menggunakan nikmat waktu yang diberikan dengan sebaiknya.

Hari raya pertama di Bandar Baru Bangi

Kunjung-mengunjungi

Memandangkan hari raya hanya setahun sekali, amalan kunjung mengunjungi jiran dan sanak saudara tetap dilakukan. Hampir setiap hari sepanjang cuti hari raya kami manfaatkan untuk mengunjungi saudara jauh dan saudara dekat. Paling jauh kami pergi pada hari raya ini ialah ke Tanjung Ipoh. Mengunjungi Tanjung Ipoh mengundang banyak nostalgia dalam diri saya, sebab berhampirannya terletak asrama penuh STJ Kuala Pilah, tempat saya belajar dan dibesarkan oleh guru-guru dan warden asrama selama lima tahun lamanya. Tanjung Ipoh menggamit kenangan saya bersama Ustazah Maznah. Guru dan warden asrama kami semasa di STJ. Berusaha mendapatkan no telefonnya kerana ingin mengunjungi rumahnya yang telah saya terlupa mana letaknya, walaupun saya pernah pergi ke sana pada hari perkahwinannya. Namun saya gagal, kerana rakan-rakan lain pun sudah lama tidak menghubunginya.

Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Sungai Besar, kampung saya sendiri. Di sana juga kami mengunjungi saudara-saudara kami yang banyak menetap di kampung-kampung yang agak terpencil di Sabak Bernam. Kehidupan mereka masih di rumah kampung yang rekabentuknya masih tidak banyak berubah dan masih mengekalkan senibina tradisional.

Berkumpul sekeluarga

Hari raya merupakan saat yang paling manis kerana pada masa ini seluruh ahli keluarga akan berkumpul. Ahli keluarga saya tidak terkecuali, daripada 7 orang adik beradik hanya dua orang yang masih bujang, diserikan pula oleh 12 orang cucu-cucu mak, memang meriah susana hari raya. Hari raya bertambah bermakna apabila amalan kunjung mengunjungi sanak saudara kami lakukan bersama-sama. Sesungguhnya tidak sia-sia orang yang berusaha merapatkan silatulrahim. Seperti Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 36:

" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan jga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri "

Semoga Hari Raya tahun ini lebih bermakna kepada anda semua. Jadikanlah bulan ini sebagai sebab untuk kita ziarah menziarahi. Semoga dengan amalan itu kita mendapat rahmat daripadaNya.

Saturday, 27 August 2011

Perpisahan ini - 1st edition ft Aizat

Lagu tema cerita Laila Manja yang ditayangkan di tv3 pukul 4 ptg. Saya takdala tengok cerita ni sepenuhnya, sebab time ni sibuk masak untuk berbuka puasa, cuma dengar lagu tema je daripada jauh. Lagu ni mengingatkan saya pada cahaya mata yang telah pergi. Saya percaya..dia berbahagia di sana.


Bersedekah di Jalan Allah

Rebutlah peluang bersedekah dengan sebanyak-banyaknya di bulan Ramadhan ini, di mana pahala digandakan dengan berganda-ganda. Mungkin kita boleh ubah tradisi dengan membayar segala zakat seperti zakat pendapatan, harta, perniagaan di bulan Ramadhan ini. Mungkin tradisi memberi duit raya di ubah dengan memberikan duit raya pada bulan Ramadhan? bukan pada hari raya..

Sungguh tidak rugi orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, seperti yang tersebut di dalam Al-Quran:

" Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat." (al-Baqarah: 265)

" Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah 261)



Kelebihan orang yang bersedekah pula dikurniakan ketenangan hati oleh Allah SWT. Saya pernah mendengar ceramah seorang pakar motivasi , yang mengatakan..jika kita merasa gelisah..penuh masalah dan hati tidak tenteram..carilah orang susah dan berilah kepadanya barang yang paling kita suka, InsyaAllah, Allah akan kurniakan ketenangan hati. Ini juga disebutkan dalam Al-Quran:

"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (al-Baqarah 274)

Marilah kita cepat-cepat bersedekah sempena mengambil berkat bulan Ramadhan ini..Ramadhan tinggal tiga hari saja lagi.. Semoga dengan amalan di bulan Ramadhan ini akan menjadikan kita terus istiqamah beramal untuk hari-hari mendatang.

Thursday, 25 August 2011

Jihad wanita

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan. Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menemui buan yang penuh berkat ini. Ya Allah...berilah kami petunjuk dan hidayah Mu agar dapat menghabiskan bulan ini penuh dengan amalan-amalan soleh.

Saya ingin mengatakan jihad seorang wanita. Jihad wanita yang paling jelas adalah ketika wanita itu mengandung, menyusui, dan mengasuh anaknya. Betapa peritnya seorang wanita yang mengandung sehingga sembilan bulan. Ketika mengandung, wanita pula perlu berjuang menjaga tingkah laku dan pemakanannya agar anak yang dilahirkan sihat rohani dan jasmani. Saat melahirkan anak adalah saat yang paling getir, seorang wanita akan berjuang bersungguh-sungguh (walaupun dalam kesakitan) untuk melahirkan anaknya agar anak tidak menghadapi sebarang komplikasi ketika dilahirkan, dengan izin Allah. Doa juga sentiasa dipanjatkan agar diri sendiri dan anak dilahirkan akan selamat. Selepas melahirkan anak pula, seorang wanita akan berkorban waktu tidurnya dan terpaksa berjaga malam menyusui dan menjaga anaknya. Selepas itu pula berterusan memberi asuhan yang terbaik untuk anak-anaknya sehingga dewasa. Sesungguhnya semua ini adalah jihad wanita. Bahkan wanita yang meninggal dunia ketika melahirkan Allah berikan ganjaran mati syahid kepadanya. Bagi wanita yang belum mempunyai anak pula, masih ada pahala jihad untuknya, iaitu dengan menjaga rumahtangga supaya berkekalan diselubungi mawaddah, rahmah dan sakinah.

Saya ingin memberikan fokus tentang penyususan susu ibu. Bergembiralah rakan-rakan wanita diluar sana yang menyusukan anaknya dengan susu ibu. Kerana yakinlah..bahawa anda sedang mengikuti sunnah Rasulullah. Kita belajar dalam sirah nabi bahawa nabi dihantar kepada ibu susuan sehingga umurnya 2 tahun. Sejarah telah membuktikan kepentingan susu ibu melalui sirah nabi kita sendiri. Jadi, bila anda sedang berputus asa (maklumlah tentu penat bekerja di samping ingin memberikan penyusuan ekslusif kepada anak..memang memerlukan banyak kesabaran dan kecekalan yang tinggi)..panjatkanlah doa kepadaNya agar meneguhkan jalan kita di atas jalan yang betul dan dipermudahkan kerana, anda sememangnya sedang memberikan yang terbaik untuk anak anda. Yakinlah..semua kebaikan yang anda usahakan untuk kepentingan anak, suami dan rumahtangga anda adalah jihad. InsyaAllah..

Akhir qalam..sepanjang Ramadhan ini, kepada ibu-ibu..janganlah rasa tertekan jika anda tidak boleh datang ke surau-surau untuk bersolat terawikh, kerana..mengasuh dan menjaga anak juga adalah ibadah dan jihad wanita. Bersolat dirumah tiada salahnya..Janganlah kita menyempitkan ibadah itu hanya kepada bersolat dan berpuasa..segala yang baik yang kita lakukan  untuk kepentingan rumahtangga dan pekerjaan kita juga dikira sebagai ibadah.. InsyaAllah.




Tuesday, 5 July 2011

Bagaimana nak buat anak duduk dalam car seat

Ramai ibu bapa mempunyai masalah untuk meletakkan anak dalam 'car seat'. Bila anak menjerit dan menangis apabila diletakkan dalam car seat ada ibu bapa yang risau dan mula mengambil anak daripada car seat dan ambil keputusan untuk memangku anak sepanjang perjalanan. Tindakan begitu:

  1. amat merugikan sebab dah ada car seat, beli mahal-mahal tapi anak tak nak duduk,
  2. memenatkan ibu sebab kena pangku anak sepanjang perjalanan
  3. paling penting..tindakan itu sangat membahayakan anak. Tiada siapa boleh jamin dan bagitahu bila kemalangan akan berlaku. Jadi, sebagai hamba yang lemah, kita mestilah berusaha dan sesudah itu kepada Allah kita bertawakal.

Amat penting untuk memastikan keselamatan anak anda sewaktu dalam perjalanan. Jadi salah satu cara yang terbaik adalah menyediakan car seat untuk anak anda. Berikut adalah tips-tips untuk mengajar anak duduk dalam car seat mengikut pengalaman saya:

  1. Ajar anak duduk dalam car seat sejak hari pertama anda keluar daripada hospital. sesudah melahirkannya, dan bila saat pulang ke kampung untuk berpantang misalnya, anda perlu meletakkan bayi tersebut dalam car seat yang disediakan (lagipun ibu kena berehat, jadi biarlah anak duduk dalam car seat tu)..lakukan apa jua pun agar bayi tersebut selesa di dalamnya..mungkin boleh letak kain tambahan sebagai padding bagi memastikan bayi dalam kedudukan agak berbaring..sesuai untuk new born baby.. ( atau beli saja infant car seatGraco Snugride Infant Car Seat, Ally
  2. pastikan semua keperluan bayi atau anak telah disediakan, susu, makanan dan permainan atau buku kegemarannya..biar dia leka dalam car seat. Biasanya saya letakkan keperluan bayi saya dalam beg bayi atau bakul yang diletakkan dibawah kerusi.
  3. pastikan bayi selesa, tidak basah.  jika perlu susukan bayi sebelum memulakan perjalanan. Kalau rasa baby sakit perut atau kembung letak minyak angin siap-siap.
  4. jika semuanya kita dah lakukan dengan tip top sekali, tapi bayi masih menangis mungkin dia nak tidur, jadi biarkan selama beberapa minit..tak lama mesti dia tidur sendiri..
  5. Biasakan meletakkan anak kecil anda dalam car seat setiap kali anda naik kereta, biar dia biasa dengan tempat duduknya.
  6. yang penting sabar dan berdisiplin dalam membentuk anak..tangga kejayaan ibu bapa.
Infant car seat sesuai untuk new born baby sahaja, Infant car seat ini sesuai untuk anak sehingga umur dia setahun lebih sahaja, tetapi last time saya beli convertible car seat untuk anak saya sebab car seat ini boleh digunakan sehingga umur dia 4 tahun.

Thursday, 23 June 2011

Hidup penuh dugaan.. effasignature

Cermin bertinted..
 Maafkan saya agak terlewat mengirimkan post ini. ok, kita sambung cerita..Sejurus melihat sekeliling dan setelah diberitahu, rupa-rupanya terdapat 5 kereta yang terlibat dengan kemalangan pada malam itu. Tiga dari kereta tersebut bergelimpangan di atas jalan sehingga menutup kesemua 3 lorong jalan itu. Kerana itulah tiada keretapun yang sedang berjalan. Orang ramai segera mengeluarkan anak-anakku. Aku mendukung si kakak yang berusia 4 tahun. Tangisannya segera berhenti apabila aku mendukungnya. Aku dapat lihat ada kesan kecederaan pada dahi kirinya. Anakku yang kecil pula didukung oleh salah seorang wanita yang membantu. Kemudian, aku dengar arahan daripada seseorang yang mengatakan dirinya adalah seorang doktor. Dia menyuruh orang ramai mengusung isteriku dengan cara yang paling sesuai untuk orang-orang yang mengalami 'fracture' tulang. Mereka meletakkan isteriku di atas rumput, di bahu jalan. Aku segera menghampirinya, dan cuba menenangkannya. Dia dalam kesakitan dan juga bimbang tentang anak-anak serta kandungannya. Aku memberitahunya bahawa anak-anak berada dalam keadaan yang tidak membimbangkan.

Sebagai seorang ketua keluarga.. perkara yang terbayang ketika itu ialah.. bagaimanakah kehidupanku dalam sebulan, dua bulan, tiga bulan dan seterusnya jika benar isteriku mengalami fracture tulang?.. Oh jauhnya fikiranku di saat yang genting ni.. Effasignature.. masa tu tak da dalam fikiranku.

Monday, 16 May 2011

Sambungan detik-detik dugaan.. effasignature

Sejurus selepas BANG!.. mata ku terpejam. Bukan kerana pengsan, tapi memang refleks. Apabila membuka mata, aku lihat banyak asap putih didalam keretaku, hasil daripada pengecutan 'air bag'. Aku segera membuka pintu kereta di sebelahku. Alhamdulillah ia boleh terbuka. Sepantas kilat kesemua asap itu hilang. Aku mula menoleh ke belakang memandang kedua-dua anakku yang sedang menangis. Dalam kekaburan malam tanpa cermin mata, aku dapati kedua-dua anakku berada dalam car seatnya, so aku mengandaikan bahawa mereka tidak mengalami kecederaan serius. Aku melihat pula ke arah isteriku. Dia sedang menanyakan apa yang telah berlaku dan juga mengadu sakit di sebelah pangkal peha kiri. Mendengar kata-katanya, aku merasakan dia telah mengalami 'fracture' tulang pada kawasan pangkal peha itu. Tapi aku tidak pasti..


Bahagian sisiku

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan panggilan orang ramai. Aku masih ingat kata orang yang pertama " Encik tak ada apa-apa kan, encik keluar dulu, nanti kami bawakan anak-anak dan isteri keluar.." Aku terus keluar dari kereta. Rupanya aku berada di tengah-tengah jalan. Tetapi tiada kereta  yang melalui jalan ini. Cuma orang ramai yang mengerumuni kawasan kemalangan.. mengapa?

Nampaknya, cerita ni jauh melencong dari cerita tentang Tudung Labuh atau busana muslimah.. Lantakla..

Wednesday, 11 May 2011

Sedetik sebelum dugaan.. emm Effasignature

Penghasilan Tudung Labuh Eksklusif effasignature menuntut kami banyak berjalan. Hampir setiap malam atau petang setelah pulang dari kerja, kami akan pergi melihat dan memantau kerja-kerja pembuatan Tudung effasignature ni. Sekejap ke utara, sekejap ke selatan.

Pandangan sisi keretaku. Mengapa?
Pada malam itu, kami dalam perjalan pulang setelah memantau pembuatan tudung dari sebelah utara. Saya memandu kereta, isteri duduk di sebelah dan kedua-dua anak duduk di dalam 'car seat'nya dibelakang. Saya memandu seperti biasa. Beberapa saat sebelum kejadian, isteriku telah membuka 'seat belt'nya untuk mengambil botol susu anak yang terjatuh di belakang. Sejurus itu, aku segera menyuruhnya memakai semula 'seat belt'. Aku masih ingat kata-kata ku "Cepat pakai seat belt, nak pecut ni.." Sesaat selepas dia memakai seat belt, sebelum sempat aku memecut, aku nampak sebuah kereta meluru laju dari celah-celah pokok ke arah ku. Aku hanya sempat menekan brake dan ... BANG!!.. Tunggu sambungannya.

Tuesday, 10 May 2011

Cabaran Muslimah Sejati..Effasignature

Ni kain buat awning..
Penghasilan Tudung Labuh Eksklusif effasignature mengharungi pelbagai cabaran. Kami merekabentuk sendiri Tudung effasignature, terutama dari segi saiz. Bagi mendapatkan saiz yang betul-betul sesuai, kami telah mengulang jahit pelbagai jenis kain. Tudung yang tak cukup labuh, memang kami tak jual. Paling minima yang kami jual memang menepati definisi tudung labuh seperti mana suruhanNYA. Kalau sedikit singkatpun, kami akan umumkan.. So pilihan di tangan anda.

Belum lagi saya ceritakan tentang cabaran yang lebih besar.. Terutama setelah mengalami kemalangan tempoh hari.. Nantikan.

Monday, 9 May 2011

Effasignature.. satu permulaan

Segala puji buatNYA, Tuhan sekalian alam. Dengan izinNYA kami dapat menyiapkan produk Tudung Labuh Eksklusif effasignature ni. Ia menyediakan pilihan buat muslimah sejati dalam memilih tudung labuh dengan pelbagai corak menarik.

Namun begitu, setiap perancangan ada cabarannya. Dalam penubuhan jenama effasignature, pelbagai cabaran dan rintangan yang kami hadapi. Tetapi sebagai hambaNYA, saya tak boleh mengatakan seratus-peratus ini adalah ujian NYA. Mungkin juga ini adalah balasan daripadaNYA atas kesalahan dan terlanjuran kami semasa menjalankan segala perancangan kami. Percayalah, jika niat kita baik, demi menegakkan Islam di tempat yang tertinggi, confirm kita berada di landasan yang benar.. Insyaallah.

Sunday, 8 May 2011

Bila suami menulis..

Segala puji dipanjatkan ke Hadrat Ilahi. Mulai hari ni, tulisan Blog ni akan diambil alih oleh saya, selaku suami Puan Nor Hafizah. Mungkin ini adalah ketentuanNYA yang menetapkan segala perancangan. Saya pula yang kena menulis tentang Busana Muslimah... Tudung Labuh.. effasignature.. Betul ke ni?

Suasana kampung..
Untuk makluman, isteri saya sekarang ni berada di kampung. Perancangan asal, dia akan terus menulis dalam Blog ni, tapi bila sampai ke kampung 3 hari lepas, rupa-rupanya tak da Broadband
. Kalau dapatpun, tersangat lah perlahan. Oleh itu, saya yang telah selamat kembali ke Lembah Klang semalam terpaksa mengambil alih Blog ni..

Kalau tak silap, antara tujuan Blog ni adalah untuk Promosi Produk Tudung Labuh Eksklusif effasignature. Produk telah pun dibuka untuk jualan. Walaupun masih sikit, tapi tudung tu memang eksklusif.  Sebab tu, untuk 'batch' yang pertama ni, kuantitinya agak terhad. Insyaallah produk terbaru akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Okeylaa.. cukup untuk hari ni. Esok saya nak cerita tentang 'Ujian yang telah melanda.. balakah?' ..

Saturday, 7 May 2011

Peringatan Busana Muslimah

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan beriman agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.
(Al Ahzab ; 59)

Thursday, 5 May 2011

Penghargaan..

Sebagai manusia, kita mestilah sentiasa mengucapkan terima kasih sesama insan. Sesungguhnya, kita tidak boleh hidup keseorangan tanpa bantuan manusia lain. Tidak dikecualikan, produk Effasignature juga memerlukan banyak pengorbanan insan lain dalam menjayakannya. Dari awal penubuhan, sehingga sekarang kami telah banyak menjalinkan usahasama dengan pelbagai tenaga kerja lain.

Tulisan malam ni saya nak ucapkan jutaan terima kasih khas buat para Doktor dan para Jururawat yang telah merawat dan menjaga saya sepanjang 2 minggu saya di wad. Pelbagai 'team' Doktor telah terlibat dalam merawat saya, iaitu Ortopedik, Ginekologi dan Surgeri. Para jururawat Wad 9B pula yang begitu cekap dan sabar melayan karenah saya. Walaupun majoriti saya nampak masih muda, tapi mereka begitu telus menjalankan tugas. Terima kasih juga diucapkan buat jururawat di wad 11C.

Alhamdulillah, petang tadi saya telah di 'discharge' dari wad... Syukran semua

Kelahiran baru.. Muslimah Ahli Syurga

Alhamdulillah.. pukul 1.00pagi, pada tarikh 5/5/2011 aku telah selamat melahirkan janin muslimat seberat 300g yang lengkap sifatnya. Proses yang pada mulanya agak mendebarkan, telah berjalan begitu lancar dan mudah sekali. Ku yakin, dia adalah ahli syurga seperti mana janjiNya.

Sebentar tadi, suamiku telah membantu proses memandikan, mengafan, solat jenazah dan seterusnya mengebumikan dia. Juga berlaku dengan begitu mudah sekali.. Alhamdulillah.

Insyaallah, sekejap lagi aku akan berangkat ke kampung. Nantikan ceritaku di kampung pula.. Insyaallah aku akan menguruskan segala urusan online pembelian produk Effasignature dari kampung. Tapi memerlukan bantuan suami untuk urusan pos. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong produk ini. Harap berpuas hati. Ku amat terbuka jika ada sebarang komen, teguran atau nasihat tentang produk Effasignature ataupun tentang Kedai Online dan Blog ini. Wassalam

Wednesday, 4 May 2011

Busana Muslimah.. Effasignature

Kini ku telah keluarkan produk Tudung Effasignature terbaru, Effa Ombak. Secara peribadinya, aku amat tertarik dengan produk Tudung Effa Ombak ini. Kesan ombak di bahu itu menyebabkan tudung itu kekal beralun walau dalam apa keadaan sekalipun. Namun disebabkan kurang pemantauan, hasil akhir produk ini agak kecil tidak seperti yang kuharapkan. Disebabkan itu, aku mengeluarkan saiz M dan L sahaja. Jika permintaan menggalakkan, aku akan pastikan produk Effa Ombak ini dikeluarkan dengan saiz yang lebih labuh.. Insyaallah.

Di hospital ini, Majalah Anis menjadi antara teman setia untuk ku tatapi setiap hari. Banyak info berguna yang boleh dijadikan panduan dan tauladan untuk kita amalkan. Terbaru, aku tertarik dengan kisah mencari sahabat. Pernahkah kita dipuji oleh seseorang dengan mengatakan "Cantiknya baju awak ni, lengan panjang dan labuh. Siap berseluar gelap pula tu. Tudung pun kemas dan anggun. Tambah dengan stokin tu, memang perfect la macam busana muslimah sejati.." Tentu tersenyum lebar dengan teguran tersebut.

Namun, dalam masa yang sama, seorang teman berkata "Awak ni memang cantik dan pandai bergaya, tapi kalau awak pakai baju yang longgar sikit, bukan ketat mengikut bentuk ni pasti lagi nampak sopan. Seluar tu pun, warna dah sesuai, tapi masih ketat sikit terutama di bahagian punggung dan peha. Tudung pula, apa kata awak turunkan lilitan tu, supaya labuh menutup keseluruhan dada. Alang-alang berstokin, biarla tebal skit, nanti boleh terus solat tanpa pelu bertelekung..." Sekadar renungan, di manakah kedudukan teman kita?

Tuesday, 3 May 2011

Penantian Tudung Muslimah

Alhamdulillah, Kedai Online Tudung Labuh Eksklusif Effasignature telah masuk hari ke 3 sejak dilancarkan. Masih terdapat beberapa produk baru yang perlu ku masukkan ke Kedai Online ku. Namun kerana keterbatasan diriku, aku belum dapat melakukan kerja-kerja audit tudung-tudung tersebut. Insyaallah satu dua hari lagi ku masukkan produk baru.
Penantianku..

Jika semalam aku menwar-warkan tentang penantianku. Aku berharap, penantian itu menemu titik akhirnya. Untuk pengetahuaan semua, aku mengalami kemalangan 2 minggu lepas. Bayi dalam kandungan ku disahkan meninggal disebabkan kemalangan itu. Namun, sehingga hari ini aku masih menunggu janin bayiku itu keluar dari tubuhku. Mulanya aku juga tak percaya, setelah diberitahu oleh pihak Doktor, mereka mengesahkan bahawa, janin tersebut tidak membahayakan jika berada dalam rahim bagi tempoh 3-4 minggu. Doktor berharap, spontaneous contraction akan berlaku supaya aku dapat bersalin dengan normal. Tambahan pula, pada mulanya aku masih menanggung kesakitan disebabkan tulang pelvisku yang patah. Kini kesakitanku telah berkurang. Insyaallah aku bersedia untuk menghadapi proses kelahiran janinku itu..

Ya Allah, berilah kekuatan untuk hambamu ini..

Monday, 2 May 2011

Tudung Effa Twist



Sebelum terlupa, di sini ku ingin mendetailkan sedikit tentang produk pertama keluaran Effasignature. Effa Twist.

Mengapa perkataan 'Twist' menjadi kata nama untuk produk ini. Seperti produk tudung lycra lain di pasaran, kita sering bertemu dengan nama Twist, Scallope atau seangkatan dengannya. Produk Effa Twist ini pula adalah sama dengan produk lain, cuma kualiti kain dengan corak yang eksklusif menjadi pemisah. Cara pemakaiannya juga sama, di mana ia perlu di pusingkan ke bahu sehingga jahitan tengah yang mulanya ada di dada beralih ke atas bahu. Dengan itu, terhasil lah alunan kain yang bertemu di tepi bahu. Insyaallah, dengan alunan tersebut, tudung ini tidak akan melekap di atas dada. Amat sesuai untuk mereka masih menyusukan anak atau mereka yang mempunyai saiz payudara yang besar. Namun, keanggunannya memang terserlah jika dipakai oleh para muslimah untuk apa jua tujuan. Saiz pula, ukuran yang dinyatakan adalah setelah tudung tersebut di 'twist' kan. Cubalah..

Pelancaran Kedai Onlineku.. Tudung Labuh Effasignature

Kupanjatkan syukur ke Hadrat Ilalhi, kerana dimudahkan urusan ku dalam melancarkan Kedai Online Tudung Labuh Eksklusif effasignature.

Kini, sudah hampir 2 minggu diriku menginap di hotel hospital ini. Walaupun terdapat batasan dalam menjalankan rutin hidupku, aku tetap bersyukur masih diberi nikmat hidup di muka bumi ini. Banyak pengorbanan insan lain yang tak mampu untuk ku balas selamanya, terutamanya ibuku dan mertuaku. Ibulah yang menemaniku menginap di hotel ber'aircond' ni. Kesian ku tengok ibu, sampai dah sakit tekak tak tahan sejuk 'aircond'. Manakala mertuaku, tak kunjung jemu membawa makanan istimewa setiap petang dan lebih penting, menemukan aku dengan anak-anakku. Kecerian mereka menjadi pengubat duka sakitku ini.

Dalam pada itu, diriku masih menunggu. Jika semalam, aku menunggu insan pertama membeli produk Tudung Labuh Eksklusif rekaanku, tetapi sebenarnya, aku masih menunggu perkara yang lebih besar. Bersamalah kita menuggu sehingga bicaraku nanti..

Sunday, 1 May 2011

Peringatan

“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Pelancaran KEDAI ONLINE effasignature

Dengan lafas Bismillahhirrahmanirrahim.. Saya melancarkan Kedai Online effasignature..

Sebagai ahli baru dalam dunia perniagaan online, kami mampu memasarkan sedikit daripada produk yang bakal kami keluarkan. Diharap semua dapat melayari, seterusnya memilih produk yang berkenan di hati. Kami juga mengharapkan maklum balas serta cadangan daripada semua. Kami juga sudi mendengar teguran dari anda semua bagi memantapkan lagi produk kami ataupun kedai online kami.

Akhir kata, selamat membeli. Tudung Labuh Eksklusif effasignature..


Saturday, 30 April 2011

Sehari sebelum pelancaran Kedai Online

Insyaallah, tinggal sehari sahaja lagi sebelum pelancaran Kedai Online Tudung Labuh Eksklusif effasignature. Diharap, sehari yang tinggal dapat digunakan untuk merapatkan hubungan ku dengan Maha Pencipta. Kerana Dialah yang telah memberi ilham bagiku untuk membuka Kedai Online ini. Dia juga yang menetapkan kesudahan perancangan yang telah ku buat. Namun segala kelemahan dan kekurangan yang ada ku mohon keampunanNya. Aku masih belum dapat menghasilkan yang terbaik, tetapi ku tetap bersyukur dan terus berusaha. Ku harap ditetapkan matlamat demi mengejar keredhaanNya.. Insyaallah. 

Thursday, 28 April 2011

Kesibukan.. Tudung Labuh Eksklusif effasignature

Insyaallah jika tiada aral melintang, kami akan melancarkan Kedai Online Tudung Labuh Eksklusif effasignature seperti dijanjikan pada 1/5/2011.

Lama rasanya tidak menulis di blog ni. Alhamdulillah, kini saya sudah boleh duduk di atas kerusi roda. Syukur rasanya setelah dapat bergerak semula. Sudah seminggu lamanya dunia saya cuma di atas katil.

Namun setiap yang dirancang ada kalanya tidak seperti yang kita mahukan. Bak kata pepatah, disangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Atau pandu kereta berhati-hati, tapi kemalangan juga.. eh tu saya cipta sendiri.

Kami merancang untuk mula menjual beberapa corak tudung yang eksklusif, tetapi banyak kekurangan yang tidak kami jangkakan. Demi menjaga kualiti produk kami, kami hanya memasarkan corak yang terbaik. Oleh itu, mungkin produk permulaan nanti amat terhad kuantitinya.

Walaubagaimanapun, kami masih ada beberapa corak yang masih dalam pembuatan. Dengan itu, kami berjanji akan  mengeluarkan produk-produk baru secara berkala. Insyaallah..

Monday, 25 April 2011

Tudung labuh effasignature.. jaringan ukhwah

Maha Suci Allah yang menjalinkan ukhwah sesama umat manusia. Tinggal 5 hari sebelum pelancaran Kedai Online Tudung Labuh Eksklusif effasignature.

Semalam, aku bersyukur kerana ditemukan dengan ramai sahabat, jiran dan saudara mara yang datang memberi kata-kata semangat dan sokongan. Kehidupan di dunia ini menuntut kita untuk menjalinkan hubungan seramai mungkin. Tidak masuk akal jika kita mengatakan kita boleh hidup seorang diri tanpa membuat jaringan dengan manusia lain. Mustahil.. Lebih-lebih lagi macam keadaan saya sekarang yang ditimpa kemalangan.

Seperti juga para usahawan di luar sana, mereka menjalinkan hubungan bisnes atau 'partnership' dengan ramai pengusaha lain. Dalam menghasilkan Tudung Labuh Eksklusif effasignature ini juga, saya menjalinkan hubungan perniagaan dengan 'designer', pengimport kain, tukang jahit, pengiklan dan sebagainya. Walaupun masih merangkak, saya dapat rasakan betapa payahnya untuk menghasil sesuatu produk. Lebih-lebih lagi produk yang dianggap kurang mendapat sambutan dan banyak pula saingan. Namun, saya yakin dengan janjiNYA, kerana segala usaha kita bergantung kepada niat yang betul.

Harapan saya, semua yang terdetik untuk membaca artikel ini sedikit sebanyak terkesan untuk merapatkan hubungan dengan Maha Pencipta.. Amin

Saturday, 23 April 2011

Tudung Labuh effasignature.. Alhamdulillah

Bersyukur ke Hadrat Ilahi, segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun belum pasti dapat melancarkan Kedai Online Tudung Labuh Eksklusif effasignature tepat pada masa pada 1/5/2011.

Semalam ku lihat, anakku yang kecil sudah boleh berjalan semula. Tetapi masih sedikit tempang. Kesan lebam pada buku lali sebelah kirinya. Alhamdulillah. Anak yang sulung pula lebih ceria walaupun terdapat kesan 'haematoma' pada kedua-dua belah matanya. Katanya "Kereta Vios patah.."



Temanku..
Sebenarnya, pada malam kejadian, kami baru berurusan dengan pihak designer dan jahitan yang terlibat dalam proses awal pengeluaran produk Tudung Labuh Eksklusif effasignature. Sebagai pengusaha baru, kita perlu membuat banyak rangkaian dengan agen-agen bagi menghasilkan produk yang benar-benar eklsklusif, praktikal dan berkualiti. Namun banyak juga pelaburan dibuat, lebih-lebih lagi untuk 'try and error' sehingga menjadi produk terbaik. Kami sedaya upaya memastikan produk terbaik dengan harga yang rendah. Kami juga akan terus memasarkan segala produk yang kami hasilkan walaupun harganya terpaksa kami potong jika tidak mencapai standard terbaik.

Okeyla.. hari Sabtu ni saya rasa ramai akan datang melawat.. So kena ready awal sikit.

Friday, 22 April 2011

Tudung labuh effasignature.. suami sebagai pasangan

Meniti hari menunggu tanggal 1/5/2011, hari pelancaran Kedai Online Tudung Labuh Eksklusif effasignature. Segalanya telah terbantut sejak saya dimasukkan ke dalam wad. Hanya net book dan Maxis broadband ini yang menjadi teman, selain ibuku yang bersusah payah datang dari kampung. Terima kasih mak.

Bahagian tempat dudukku..
Seperti kita muslimah dan tudung memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun ada muslimah yang tidak bertudung, tetapi percayalah, hati mereka masih terikat dan teringin untuk bertudung. Hanya alasan duniawi yang menjadi penyebab. Bagi kita yang telah bertudung, jagalah ia dengan sempurna. Jangan sampai tudung kita menjadi sebab aurat kita terbuka, atau lebih teruk menjadi fitnah kepada diri kita sekeluarga.

Seperti juga muslimah dan tudung, suami dan isteri juga sering memerlukan antara satu sama lain. Sejak kemalangan haritu, suamiku menjadi 'Hero' dalam segala hal. Bermula di lokasi kemalangan, dia memastikan diriku diurus sebagaimana pesakit yang mengalami patah tulang. Dia juga terpaksa mendukung kedua-dua anak yang tidak mahu berjalan dan mententeramkan mereka kerana terkejut. Dia jugalah yang memastikan saya dan anak-anak mendapat layanan 'First Class' dan pantas di hospital kerajaan kerana mempunyai ramai kenalan di kalangan staf. Dia juga yang menjagaku semalaman dan keesokkannya menguruskan kereta yang hancur remuk.. tak habis jika hendak ditulis. Hanya diriku yang memahami. Terima kasih suamiku.. saya sayang abang.

Saya rasa dia masih nak meneruskan penubuhan Kedai Online kami seperti dirancang.. kita tunggu aje..

Thursday, 21 April 2011

Tudung Labuh Eksklusif.. kepentingannya

Aku masih bingung.. adakah dapat ku keluarkan produk hebat Tudung Labuh effasignature tepat pada waktunya... 1/5/2011?

Kini sudah 2 hari aku tidur di hospital. Aku redha dengan segala ketentuanNya walaupun tak dapat menahan tangisan jika memperkatakan tentang kandunganku. Setiap petang aku menanti kedatangan anak-anakku yang begitu ceria melawatku. Aku amat terharu, si kakak yang baru berumur 4 tahun masih mengenakan tudung walaupun kesan kecederaan akibat kemalangan itu masih jelas kelihatan (foto). Aku terkenang kisah yang diceritakan oleh suamiku sejurus selepas kemalangan itu. Dia mengatakan bahawa anakku itu tidak membenarkan sesiapa menanggalkan tudungnya walaupun ketika hendak membuat x-ray kepala. Alhamdullillah kecederaannya tidak parah. Itulah kepentingan tudung bagi mereka yang memahami. Walau dalam apa keadaan sekalipun, selagi boleh mempertahankan mahkota tersebut, kita mestilah bersungguh-sungguh mempertahankannya. Jangan hanya perkara yang remeh atau ingin mengikut trend, kita meringkaskan atau meringankan suruhan menutup aurat itu. Diharap dengan kemunculan Tudung Labuh Eksklusif effasignature kelak, para muslimah lebih mudah untuk memvariasikan koleksi tudung sebenar mengikut kehendak syariah.

Tudung Labuh Eksklusif.. ujian baru

Mengikut perancangan, kami akan melancarkan produk terbaru, Tudung Labuh Eksklusif effasignature pada 1 Mei 2011. Bagaimanapun, disebabkan kemalangan 2 hari lepas, kami merasakan agak sukar untuk menentukan samada dapat atau tidak melancarkan produk Tudung Labuh Eksklusif ni tepat pada waktunya. Tambahan pula, ada cabaran baru yang diberitahu oleh pihak Doktor harini. Mereka mengatakan, anak dalam kandunganku yang berusia 5 bulan telah pergi mengadap Ilahi. Innalillah. Mungkin ini takdir terbaik buat anak kecil yang masih berada dalam kandungan itu. Tetapi, bagi diriku, ia adalah dugaan yang amat besar. Dalam masa diriku menguruskan bisnes ini, tiba-tiba ujian demi ujian telah ku lalui. Kuharap ujian atau balasan ini dapat mendekatkan diriku dengan Maha Pencipta. Ku percaya setiap ketentuanNya adalah yang terbaik untuk hambanya.

Namun bagaimana dengan produk effasignature. Bolehkah aku membuka Kedai Online itu pada 1/5/2011. Sama-sama kita nantikan... Insyaallah ada jalannya.

Tudung Labuh Eksklusif .. cabaran baru

Keretaku yang remuk
Alhamdulillah bertemu lagi. Masih banyak yang ingin saya tulis tentang produk Tudung Labuh effasignature. Tetapi, sedikit maklumat terbaru tentang kami sekeluarga. Mungkin ini adalah balasan daripadaNya terhadap kealpaan saya atau mungkin juga suatu ujian yang berat untuk saya sebelum menubuhkan produk Tudung Labuh effasignature.  Tanggal 19/4/2011, saya, suami dan 2 orang anak perempuan telah mengalami kemalangan ngeri. Kereta Vios bewarna Gold yang kami naiki telah bertembung dengan sebuah kereta lain yang terbabas dari arah bertentangan. Saya sekarang ini dimasukkan ke wad kerana mengalami patah tulang pinggul. Suami dan anak-anak cedera ringan. Itu sahaja buat masa ni.. Saya akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan projek penubuhan Kedai Online effasignature seperti dirancang pada 1/5/2011. Sebarang kekurangan kelak saya dahului dengan jutaan kemaafan.

Tuesday, 19 April 2011

Google : “Tudung Labuh Eksklusif”

Cuba anda taip tudung labuh eksklusif di Google, pasti ada akan jumpa Kedai Online kami, tudungeffasignature.blogspot.com.
Internet, bagaimana hendak menguasainya? Sebagai pengusaha kedai online, perkara utama yang perlu diketahui adalah tentang selok-belok internet. Alam maya yang mampu dilayari oleh setiap individu walau di mana kita berada.Ilmu mengenai internet adalah perkara utama yang saya pelajari sebelum memulakan bisness online Tudung Labuh effasignature ini. Ia bukanlah perkara yang amat susah untuk dipelajari, Cuma memerlukan minat dan kesungguhan. Kita hanya perlu mengetahui ilmu asas untuk setiap perkara. Dari situ, kita akan kembangkan melalui  teknik ‘try and error’. Dalam dunia maya tanpa sempadan ini, kita jangan takut untuk memcuba, tiada salahnya. Saya kategorikan diri saya masih dalam tahap ‘beginner’.  Anda juga boleh lihat, sedikit sebanyak saya Cuma meng’improve’kan presentasi saya dari masa ke semasa. Oleh itu, marilah kita sama-sama tingkatkan diri untuk mendalami ilmu internet ni... Mudah je
Internet dan tudung labuh.. boleh disatukan. Percayalah.

Monday, 18 April 2011

Tudung Labuh Eksklusif effasignature

Mulai sekarang, saya cuba ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang produk yang saya keluarkan, iaitu Tudung Labuh Eksklusif effasignature..

Setiap amal bermula dengan niat.. Marhum Hadith. So niat adalah perkara pertama yang mesti kita fikirkan. Setiap amalan, bermula dari bangun tidur, berdiri, berjalan ke bilik air, gosok gigi.... seterusnya sehingga tidur kembali mestilah disertakan dengan niat. Bagi saya, niat utama membuka perniagaan tudung ini adalah untuk menyumbang ke arah memartabatkan Islam di tempat yang tertinggi. Sesungguhnya setiap wanita beragama Islam dikehendaki untuk menutup aurat. Perkara ini adalah fakta. Bukannya teori atau kemungkinan yang boleh kita pertikaikan lagi. Dengan itu, saya cuba untuk menyediakan satu platfom yang memudahkan para wanita mencari tudung yang patuh syariah (yakni menutup aurat). Cuma memberi sedikit kelainan dan alternatif supaya semua wanita agar berpeluang menutup aurat dengan sempurna, tetapi dalam masa yang sama masih kelihatan menyakinkan dan ayu. Seperti yang selalu saya katakan, tudung labuh adalah keperluan bukannya trend. Walaupun perkataan 'labuh' tu adalah subjektif, setiap tudung semestinya menutupi kepala, leher dan keseluruhan dada.. Oleh itu nantikan kemunculan tudung labuh effasignature.

Tudung kami walaupun eksklusif, harganya tetap biasa-biasa sahaja... Insyaallah

Friday, 15 April 2011

Tudung labuh.. susahnya nak cari

Bertemu kembali. Pernahkah kita mengeluh kerana susahnya nak beli tudung labuh yang cantik.. ish

Perkara yang sama sering terjadi kepada saya. Kalau dulu, puas masuk keluar kedai-kedai disekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (Jln TAR), tapi akhirnya tak jumpa juga tudung labuh yang cantik. Kalau adapun, tudung tanpa sebarang corak atau plain. Kalau ada yang corakpun, selalunya pudar dan tak menarik.. Kenapa ini berlaku? Apakah ini diskriminasi terhadap kami..

Pada pendapat saya, tudung labuh bukanlah sesuatu trend yang perlu ada peminatnya. Tetapi tudung labuh adalah keperluan bagi setiap muslimah. Sudah jelas dalam Al Quran, tudung perlu dilabuhkan sehingga menutup dada kaum hawa. Siapalah saya untuk menidakkan apa yang terlah termaktub. Walaupun telah ramai idola kita yang dulunya bertudung labuh, tetapi kini bertudung singkat. Tidak kiralah sama ada dia tu seorang ustazah, pensyarah, penceramah atau YB sekalipun, yang salah tetap salah. Janganlah kita mengikut membuta tuli.. Okeyla..tunggulah kemunculan Tudung Labuh effasignature. Insyaallah memberi alternatif kepada kita.

Wednesday, 13 April 2011

Tudung labuh.. oh sakitnya mata

Pernahkah terlihat, seorang  berjubah gelap tetapi tidak bertudung? Mungkin tidak, selalunya berjubah pasti bertudung labuh.
Tetapi harini, mataku tertusuk pada satu susuk tubuh. Dia seorang muslimat. Mengenakan baju kurung longgar bewarna perang gelap. Coraknya cuma beberapa sulaman padat tetapi ringkas di hujung lengan dan baju. Malangnya, tudungnya hanya menutup kepala dan melilit sekeliling leher. Alkisahnya, terpaparlah sebahagian daripada pangkal lehernya tanpa ditutupi seurat benang. Apakah ini tayangan percuma untuk kaum adam? Tidakkah ada orang yang menegurnya? Mengapa ini dianggap trend? Jikapun tidak mahu mengenakan tudung labuh, tudung lycra kecilpun jadilah (seperti foto).
Insiden ini bukanlah kali pertama yang pernah ku lihat. Malah, lebih banyak contoh tauladan yang lebih malang daripada itu. Bersama kita renungkan.
Insyaallah kemunculan tudung labuh ‘effasignature’ sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat yang terlalu ‘allergy’ dengan busana menutup aurat.

Tuesday, 12 April 2011

Tudung labuh.. designnya

Masanya akan tiba untuk saya melancarkan inovasi terkini tudung labuh effasignature, Insyaallah.
Apa yang ada pada sehelai tudung? Asalnya selembar kain, yang ditenun, dijahit dan dibentuk menjadi sehelai tudung. Pentingnya, tudung labuh adalah pelengkap busana menutup aurat. Malangnya, atas kekurangan permintaan, pasaran tudung labuh sering berpijak atas paksi yang konservatif. Bulat, warna plain, kurang corak dan tidak boleh di’scallop’. Kerana terlalu mengikut kehendak pasaran dan pembeli yang kurangnya men’detail’kan aspek utama bertudung, maka sedikit sebanyak telah mencacatkan keindahan busana peminat tudung labuh. Tudung yang selama ini singkat, jarang dan terbuka disana sini sentiasa mengalami perubahan mengikut arus ‘trend’ masa kini.
Diharap, kemunculan effasignature menjadi titik loncatan kearah melahirkan umah mempraktikan tudung labuh dengan ‘design’ dan konsepnya yang ekslusif. Nantikan..

Sunday, 10 April 2011

Tudung labuh.. rahsianya

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Insyaallah dalam masa terdekat akan lahirlah jenama terbaru tudung labuh eksklusif.

Siapa kita yang hendak mengubah apa yang hakiki? Dewasa ini, definasi menutup aurat begitu susah untuk diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Sebaik melangkah kaki kanan keluar rumah di awal pagi, kita sering mendedahkan perkara yang sepatutnya tersembunyi. Pada pendapat saya, erti menutup aurat amat mudah, iaitu mengenakan pakaian, yang mana dengannya kita boleh terus menunaikan solat. Betul tak? Apa kata, muslimah di luar sana sambut cabaran saya untuk mengenakan busana yang lengkap dan tertutup auratnya. Sebagai permulaan, kita praktikkan tudung labuh, pastikan juga tudung tersebut tebal, tidak jarang (seperti foto) dan tidak mencengkam sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.
Kemudian barulah dipilih baju yang longgar dan labuh. Jangan biarkan punggung atau paha kita yang selalunya agak ketat bila berseluar, mudah dilihat setiap mata memandang. Selepas itu barulah dipastikan agar seluar atau kain juga labuh dan tidak ketat. Terakhir, jangan lupa stoking, terutama jika tidak berkasut tutup.
Maka, nantikan kemunculan terbaru tudung labuh ‘effasignature’.

Wednesday, 6 April 2011

Tudung labuh.. Hijab Muslimah Sejati

Mengapa anda bertudung?  Walau apa pun caranya, yang pasti, betulkan niat kita, bertudunglah kerana Allah, dan bertudunglah mengikut syariat dan cara yang betul.
Peredaran fesyen tudung sekarang amat menggalakkan,dan kita dapati banyak tudung2 yang glamer2 di pasaran ,Namun, agak sedikit pilihan tudung bagi mereka yang gemar bertudung labuh. Jika ditanya kepada tuan punya kedai, ‘ kenapa ye takda yang labuh sedikit”, maka jawabya,’ kurang permintaan’. Hal ini terkena dengan diri saya sendiri, setakat pi kedai biasa yang menawarkan harga yang agak murah, tudung labuh’segera’ yg ditawarkan kebanyakannya plain, tiada corak, kebanyakan paten menarik dan corak menarik yang ada dalam kategori labuh amat sedikit dan tiada banyak pilihan. Menyedari hakikat itu, saya terpanggil untuk menyediakan khidmat ini, menyediakan tudung labuh yang istimewa bagi peminat2 tudung labuh.
Bagi penggemar tudung labuh diluar sana, jangan lepaskan peluang anda melihat koleksi tudung yang ada dalam web saya.. Nantikan kemunculannya...