Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Insyaallah dalam masa terdekat akan lahirlah jenama terbaru tudung labuh eksklusif.
Siapa kita yang hendak mengubah apa yang hakiki? Dewasa ini, definasi menutup aurat begitu susah untuk diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Sebaik melangkah kaki kanan keluar rumah di awal pagi, kita sering mendedahkan perkara yang sepatutnya tersembunyi. Pada pendapat saya, erti menutup aurat amat mudah, iaitu mengenakan pakaian, yang mana dengannya kita boleh terus menunaikan solat. Betul tak? Apa kata, muslimah di luar sana sambut cabaran saya untuk mengenakan busana yang lengkap dan tertutup auratnya. Sebagai permulaan, kita praktikkan tudung labuh, pastikan juga tudung tersebut tebal, tidak jarang (seperti foto) dan tidak mencengkam sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.

Maka, nantikan kemunculan terbaru tudung labuh ‘effasignature’.
No comments:
Post a Comment