Pernahkah terlihat, seorang berjubah gelap tetapi tidak bertudung? Mungkin tidak, selalunya berjubah pasti bertudung labuh.
Tetapi harini, mataku tertusuk pada satu susuk tubuh. Dia seorang muslimat. Mengenakan baju kurung longgar bewarna perang gelap. Coraknya cuma beberapa sulaman padat tetapi ringkas di hujung lengan dan baju. Malangnya, tudungnya hanya menutup kepala dan melilit sekeliling leher. Alkisahnya, terpaparlah sebahagian daripada pangkal lehernya tanpa ditutupi seurat benang. Apakah ini tayangan percuma untuk kaum adam? Tidakkah ada orang yang menegurnya? Mengapa ini dianggap trend? Jikapun tidak mahu mengenakan tudung labuh, tudung lycra kecilpun jadilah (seperti foto).
Insiden ini bukanlah kali pertama yang pernah ku lihat. Malah, lebih banyak contoh tauladan yang lebih malang daripada itu. Bersama kita renungkan.
Insyaallah kemunculan tudung labuh ‘effasignature’ sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat yang terlalu ‘allergy’ dengan busana menutup aurat.
No comments:
Post a Comment