Mulakan dengan Bismillah..

Mulakan dengan Bismillah..

Thursday, 21 April 2011

Tudung Labuh Eksklusif.. kepentingannya

Aku masih bingung.. adakah dapat ku keluarkan produk hebat Tudung Labuh effasignature tepat pada waktunya... 1/5/2011?

Kini sudah 2 hari aku tidur di hospital. Aku redha dengan segala ketentuanNya walaupun tak dapat menahan tangisan jika memperkatakan tentang kandunganku. Setiap petang aku menanti kedatangan anak-anakku yang begitu ceria melawatku. Aku amat terharu, si kakak yang baru berumur 4 tahun masih mengenakan tudung walaupun kesan kecederaan akibat kemalangan itu masih jelas kelihatan (foto). Aku terkenang kisah yang diceritakan oleh suamiku sejurus selepas kemalangan itu. Dia mengatakan bahawa anakku itu tidak membenarkan sesiapa menanggalkan tudungnya walaupun ketika hendak membuat x-ray kepala. Alhamdullillah kecederaannya tidak parah. Itulah kepentingan tudung bagi mereka yang memahami. Walau dalam apa keadaan sekalipun, selagi boleh mempertahankan mahkota tersebut, kita mestilah bersungguh-sungguh mempertahankannya. Jangan hanya perkara yang remeh atau ingin mengikut trend, kita meringkaskan atau meringankan suruhan menutup aurat itu. Diharap dengan kemunculan Tudung Labuh Eksklusif effasignature kelak, para muslimah lebih mudah untuk memvariasikan koleksi tudung sebenar mengikut kehendak syariah.

2 comments:

  1. salam fizah, lin speech ni..
    apa khabar...masih di wad ke...takziah atas kemalangan dan kecederaan yang dialami....fizah kat wad mana...insyaAllah kalau tiada aral, nak menziarah esok...
    wad mana ye...

    ReplyDelete
  2. Salam hafizah, takziah saya ucapkan atas apa yg berlaku. moga hafizah akan terus tabah menghadapi ujian ini... saya baru dpt tahu berita ini pkl 10 mlm tadi dari salah seorang sahabat.

    ReplyDelete