Insyaallah jika tiada aral melintang, kami akan melancarkan Kedai Online Tudung Labuh Eksklusif effasignature seperti dijanjikan pada 1/5/2011.
Lama rasanya tidak menulis di blog ni. Alhamdulillah, kini saya sudah boleh duduk di atas kerusi roda. Syukur rasanya setelah dapat bergerak semula. Sudah seminggu lamanya dunia saya cuma di atas katil.

Kami merancang untuk mula menjual beberapa corak tudung yang eksklusif, tetapi banyak kekurangan yang tidak kami jangkakan. Demi menjaga kualiti produk kami, kami hanya memasarkan corak yang terbaik. Oleh itu, mungkin produk permulaan nanti amat terhad kuantitinya.
Walaubagaimanapun, kami masih ada beberapa corak yang masih dalam pembuatan. Dengan itu, kami berjanji akan mengeluarkan produk-produk baru secara berkala. Insyaallah..
alhamdulillah dah boleh duduk..- k.ita
ReplyDelete