Insyaallah, tinggal sehari sahaja lagi sebelum pelancaran Kedai Online Tudung Labuh Eksklusif effasignature. Diharap, sehari yang tinggal dapat digunakan untuk merapatkan hubungan ku dengan Maha Pencipta. Kerana Dialah yang telah memberi ilham bagiku untuk membuka Kedai Online ini. Dia juga yang menetapkan kesudahan perancangan yang telah ku buat. Namun segala kelemahan dan kekurangan yang ada ku mohon keampunanNya. Aku masih belum dapat menghasilkan yang terbaik, tetapi ku tetap bersyukur dan terus berusaha. Ku harap ditetapkan matlamat demi mengejar keredhaanNya.. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment