Rebutlah peluang bersedekah dengan sebanyak-banyaknya di bulan Ramadhan ini, di mana pahala digandakan dengan berganda-ganda. Mungkin kita boleh ubah tradisi dengan membayar segala zakat seperti zakat pendapatan, harta, perniagaan di bulan Ramadhan ini. Mungkin tradisi memberi duit raya di ubah dengan memberikan duit raya pada bulan Ramadhan? bukan pada hari raya..
Sungguh tidak rugi orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, seperti yang tersebut di dalam Al-Quran:
" Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat." (al-Baqarah: 265)
" Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah 261)
Kelebihan orang yang bersedekah pula dikurniakan ketenangan hati oleh Allah SWT. Saya pernah mendengar ceramah seorang pakar motivasi , yang mengatakan..jika kita merasa gelisah..penuh masalah dan hati tidak tenteram..carilah orang susah dan berilah kepadanya barang yang paling kita suka, InsyaAllah, Allah akan kurniakan ketenangan hati. Ini juga disebutkan dalam Al-Quran:
"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (al-Baqarah 274)
Marilah kita cepat-cepat bersedekah sempena mengambil berkat bulan Ramadhan ini..Ramadhan tinggal tiga hari saja lagi.. Semoga dengan amalan di bulan Ramadhan ini akan menjadikan kita terus istiqamah beramal untuk hari-hari mendatang.
No comments:
Post a Comment