Kupanjatkan syukur ke Hadrat Ilalhi, kerana dimudahkan urusan ku dalam melancarkan Kedai Online Tudung Labuh Eksklusif effasignature.
Kini, sudah hampir 2 minggu diriku menginap di hotel hospital ini. Walaupun terdapat batasan dalam menjalankan rutin hidupku, aku tetap bersyukur masih diberi nikmat hidup di muka bumi ini. Banyak pengorbanan insan lain yang tak mampu untuk ku balas selamanya, terutamanya ibuku dan mertuaku. Ibulah yang menemaniku menginap di hotel ber'aircond' ni. Kesian ku tengok ibu, sampai dah sakit tekak tak tahan sejuk 'aircond'. Manakala mertuaku, tak kunjung jemu membawa makanan istimewa setiap petang dan lebih penting, menemukan aku dengan anak-anakku. Kecerian mereka menjadi pengubat duka sakitku ini.
Dalam pada itu, diriku masih menunggu. Jika semalam, aku menunggu insan pertama membeli produk Tudung Labuh Eksklusif rekaanku, tetapi sebenarnya, aku masih menunggu perkara yang lebih besar. Bersamalah kita menuggu sehingga bicaraku nanti..
No comments:
Post a Comment