Alhamdulillah, Kedai Online Tudung Labuh Eksklusif Effasignature telah masuk hari ke 3 sejak dilancarkan. Masih terdapat beberapa produk baru yang perlu ku masukkan ke Kedai Online ku. Namun kerana keterbatasan diriku, aku belum dapat melakukan kerja-kerja audit tudung-tudung tersebut. Insyaallah satu dua hari lagi ku masukkan produk baru.
Penantianku.. |
Jika semalam aku menwar-warkan tentang penantianku. Aku berharap, penantian itu menemu titik akhirnya. Untuk pengetahuaan semua, aku mengalami kemalangan 2 minggu lepas. Bayi dalam kandungan ku disahkan meninggal disebabkan kemalangan itu. Namun, sehingga hari ini aku masih menunggu janin bayiku itu keluar dari tubuhku. Mulanya aku juga tak percaya, setelah diberitahu oleh pihak Doktor, mereka mengesahkan bahawa, janin tersebut tidak membahayakan jika berada dalam rahim bagi tempoh 3-4 minggu. Doktor berharap, spontaneous contraction akan berlaku supaya aku dapat bersalin dengan normal. Tambahan pula, pada mulanya aku masih menanggung kesakitan disebabkan tulang pelvisku yang patah. Kini kesakitanku telah berkurang. Insyaallah aku bersedia untuk menghadapi proses kelahiran janinku itu..
Ya Allah, berilah kekuatan untuk hambamu ini..
assalamualaikum wbr.
ReplyDeletesya baru msk blog ini kerna mencari tudung labuh yang cantik, berkualiti dan memenuhi syarat sgt sukar. Terbaca ttg kemalangan anda dn walaupun dh lama brlaku hrp anda telah sembuh dan sihat. rakan sya mengalami perkara yg sama cuma bkn kemlangn dn ia mrupakan khamilan prtamanya. beliau anak yatim dan ini sgt menydihkn bg sya melihatnya tapi dia sgt tabah dan hasil ksabran beliau tlh kembali mgandung dn slamat mlhirkan bayi lelaki. alhmdullilah. harp anda pun sama spt dia ,,, sihat dan gembira.