Cermin bertinted.. |
Maafkan saya agak terlewat mengirimkan post ini. ok, kita sambung cerita..Sejurus melihat sekeliling dan setelah diberitahu, rupa-rupanya terdapat 5 kereta yang terlibat dengan kemalangan pada malam itu. Tiga dari kereta tersebut bergelimpangan di atas jalan sehingga menutup kesemua 3 lorong jalan itu. Kerana itulah tiada keretapun yang sedang berjalan. Orang ramai segera mengeluarkan anak-anakku. Aku mendukung si kakak yang berusia 4 tahun. Tangisannya segera berhenti apabila aku mendukungnya. Aku dapat lihat ada kesan kecederaan pada dahi kirinya. Anakku yang kecil pula didukung oleh salah seorang wanita yang membantu. Kemudian, aku dengar arahan daripada seseorang yang mengatakan dirinya adalah seorang doktor. Dia menyuruh orang ramai mengusung isteriku dengan cara yang paling sesuai untuk orang-orang yang mengalami 'fracture' tulang. Mereka meletakkan isteriku di atas rumput, di bahu jalan. Aku segera menghampirinya, dan cuba menenangkannya. Dia dalam kesakitan dan juga bimbang tentang anak-anak serta kandungannya. Aku memberitahunya bahawa anak-anak berada dalam keadaan yang tidak membimbangkan.
Sebagai seorang ketua keluarga.. perkara yang terbayang ketika itu ialah.. bagaimanakah kehidupanku dalam sebulan, dua bulan, tiga bulan dan seterusnya jika benar isteriku mengalami fracture tulang?.. Oh jauhnya fikiranku di saat yang genting ni.. Effasignature.. masa tu tak da dalam fikiranku.
No comments:
Post a Comment