Individu berkerjaya sering sibuk dengan aktiviti harian. Bermula dari bangun tidur, tergesa-gesa menggosok pakaian sehingga masa berharga sebelum subuh itu terbazir tanpa sempat menunaikan 2 rakaat tahajjut kepadaNYA. Lebih malang, si lelaki membuang masa yang panjang di dalam bilik air, kononnya nak bercukur laa, nak syampu laa, sampai terlepas solat 2 rakaat Subuh di surau. Kemudian dengan nada tergesa-gesa cuba mengejutkan anak-anak untuk ke taska dan memarahi meraka jika susah hendak bangun, sedangkan kita semasa kecil lebih teruk dari itu. Lebih malang, jika mempunyai pembantu rumah.. langsung tak sempat jumpa anak-anak sebelum ke tempat kerja. Tanpa sempat bersarapan, kita bergegas pula menyertai meraka yang lain di dalam kesesakan jalan raya. Lumrah alam hidup di kota, terpaksa menempuh 'jem' setiap waktu. Kesempatan hampir sejam di dalam kenderaan pula tidak pernah dimanfaatkan untuk menambahkan ilmu di dada. Walaupun peluang terbentang luas untuk kita memilih siaran Radio IKIM yang confirm ada tazkirah pukul 7.30am atau KL.fm yang ada ceramah seawal pukul 6.45am, tapi kita tetap memilih lagu-lagu yang melalaikan. Prof Dr Muhaya pernah berkata, dia menggunakan masa yang berharga di dalam kesesakan lalulintas untuk mendengar ceramah-ceramah melalui CD yang dibeli. Dengan ilmu yang diperoleh itulah membolehkan dia memberi motivasi yang hebat seperti yang sering kita dengar. Di tempat kerja.. oh terlalu panjang untuk diceritakan. Rutin harian di sudahi dengan menonton rancangan di Astro yang tak pernah miss dibayar setiap bulan. Dalam hati mengatakan, amat rugi kalau tak menonton, sebab setiap bulan kena bayar. Tak kisah la rancangan apa.. yang amat jarang pasti Astro Oasis. Kerana tv kita terlepas solat Maghrib dan Isya di surau. Apatah lagi hendak mendengar majlis ilmu selepas Maghrib, langsung tak pernah. Sedangkan kita tahu, mereka yang tertidur di majlis ilmu pun masih mendapat berkat di sisiNYA. Masa yang sedikit tak pernah digunakan dengan berkualiti untuk keluarga. Sekurang-kurangnya, main la sikit dengan anak-anak atau ajar anak-anak mengaji Iqra ke.. Terakhir, tidur. Kot ye pun, baca la doa sebelum tidur dulu. Okey, harap tulisan ni membantu diriku untuk menjadi insan yang lebih baik.. Insyaallah
No comments:
Post a Comment