Mulakan dengan Bismillah..

Mulakan dengan Bismillah..

Wednesday, 12 September 2012

Pengalaman Mencabut Gigi Geraham ketika Hamil



Beberapa hari yang lalu saya telah terkena sakit gigi. Mula-mula tu cuma rasa denyut-denyut yang agak ringan sahaja. Tetapi denyut-denyut itu berpanjangan untuk jangkasamasa yang lama..sepanjang siang dan malam. Saya dah cuba bersihkan gigi dengan flos gigi dan sebagainya, tapi punca sakit gigi tu tak dapat di kesan. Gusi pun tidak membengkak. Sakit bertambah ketara dan menyiksakan pada hari yang ketiga apabila saya cuba berkumur dengan air suam dan makan aiskrim..kedua-dua cara tersebut menyebabkan sakit  gigi saya bertambah teruk.Saya cuba berkumur dengan air garam yang dibancuh dengan air kosong pada suhu biasa..kesannya tetap sama..bertambah sakit

Jadi selepas 3 hari menahan ketakselesaan tersebut saya pun pergi ke Klinik Pergigian Kerajaan. Klinik pergigian agak lengang. Disitu saya membuat kesimpulan..rakyat malaysia ni cuma datang klinik gigi bila gigi dah sakit. Pemeriksaan gigi secara berkala jarang dilakukan...saya pun tak terkecuali termasuk dengan golongan tu..hehe..

Ketika berjumpa Dr gigi, Dr bertanyakan masalah saya dan beliau perlu mencabut dulu tampalan gigi yang lama pada gigi geraham tersebut untuk buat pemeriksaan lanjut. Sebelum kerja-kerja tersebut dilakukan saya diberi bius terlebih dahulu. Setelah melakukan pemeriksaan, beliau mengesahkan gigi geraham saya telah retak sedikit. Dr mencadangkan dua pilihan, samada nak cabut gigi atau nak buat rawatan akar. Rawatan akar agak rumit kerana melibatkan banyak prosedur x-ray perlu dilakukan. Sedangkan pada ketika ini saya sedang hamil 7 bulan. Jadi rawatan akar adalah tidak sesuai untuk saya. Oleh kerana kesan retak itu tidak dapat dikenalpasti telah sampai ke saraf gigi atau tidak, maka Dr hanya menampal gigi geraham saya. Saya disuruh datang sekali lagi jika sakit gigi tersebut tidak berkurangan. 

Apabila kesan bius telah habis, saya dapati gigi saya bertambah sakit daripada sebelumnya...sampai tak boleh nak tidur..kali ni saya terpaksa ambil Panadol untuk tidur. Jadi keesokan harinya saya sekali lagi datang ke Klinik dan berjumpa Dr yang sama. Setelah berbincang, kali ini memang saya tidak ada pilihan selain mencabut gigi geraham tersebut. Saya telah diberi bius sebelum mencabut gigi. Sementara menunggu ubat bius berkesan, saya sempat menghantar SMS kepada suami supaya mendoakan saya supaya selamat (macam nak bersalin pula). Saya merasa agak bimbang jika berlaku komplikasi seperti pendarahan  dan sakit  yang berterusan (hasil carian saya di google). Saya banyakkan berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan dan melindungi saya daripada sebarang kemudaratan. 


Alhamdulillah gigi saya telah berjaya dicabut. Dr menasihatkan saya agar tidak mengambil makanan dan minuman yang panas. Lain-lain tu saya dah terlupa..dan terpaksa cari di Google tentang perkara yang tak boleh dilakukan selepas mencabut gigi geraham..antaranya.. dalam tempoh 24 jam tidak boleh berkumur, tidak boleh gosok gigi, tidak boleh menggosok tempat cabutan dengan jari dan lidah dan mengambil makanan minuman yang panas dan makanan yang keras. Lama juga pendarahan nak berhenti. Pukul 10.30 pagi saya cabut gigi, pukul 2.30 petang baru pendarahan berhenti. Maka tidak lah terjadi pendarahan yang berterusan seperti yang saya bimbangkan..Alhamdulillah. Ketika menjelang petang, sakit gigi saya telah hilang, tinggal lagi saya perlu menjaga bahagian yang dicabut sehinggan sembuh sedia kala.

Sebelum mencabut gigi, saya memang bimbang sebab banyak sangat mitos tentang orang mengandung tidak digalakkan mencabut gigi. Tapi menurut Dr, kandungan saya sudah 7 bulan, jadi tidak ada masalah untuk mencabut gigi, jadi saya percaya dan ikut kata-kata Dr. Selebihnya saya serahkan pada Allah. KepadaNya kita bertawakkal.

2 comments:

  1. Salam ukhwah,

    Perkongsian yang sangat menarik. Selalunya, saya baca orang kata, doktor tak galakkan ibu hamil cabut gigi. Syukurlah saya terjumpa blog admin. hehe

    sakit gigi semasa hamil

    ReplyDelete
  2. dari menahan sakit je. makan paracetamol je. tak boleh makan minum. moody sebab sakit gigi. nak buat apa pun serba tak kena. last pilihan sy pun request doc cabut gigi masa hamil 7 bulan. gigi geraham berlubang bengkak kawasan gusi. doc bg dos ubat bius yang sesuai utk ibu pregnant. masa cabut gigi tak sakit langsung. lega bila dah cabut gigi. doc ingatkan jangan makan panas pedas masam. selalu berkumur selepas makan. lama² gusi akan sembuh sendiri. vitamin c jgn lupa utk kesihatan gusi. vitamin b utk kesihatan mulut

    ReplyDelete